Pihak kami mengalu-alukan kepada sesiapa yang layak dan berminat, untuk mengambil kursus SPIM untuk menjadi Pengajar di Institut Memandu Jaafar Othman. Mohon datang ke pejabat kami dan berbincang dengan Pengurus Operasi untuk urusan seterusnya.
Syarat-syarat permohonan kursus SPIM adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia umur tidak melebihi 65 tahun
2. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal serta lulus pemeriksaan kesihatan
3. Kelayakan akademik SPM dengan minimum lulus tiga (3) matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
4. Mempunyai lesen memandu bagi kelas yang dipohon tidak kurang dari lima (5) tahun
5. Tiada saman yang aktif samada saman JPJ atau PDRM
6. Tiada sabitan kesalahan jenayah berdaftar
Sila lihat gambarajah berikut untuk makluman tentang cara dan proses mendapatkan SPIM:

IMJO – Institusi Pilihan untuk anda mendapatkan lesen memandu yang dihajati.
