
Seminar ini khusus buat usahawan dan sesiapa yang terlibat dalam urusan akaun dan lapuran penyata untung/rugi bisnes. Ianya diadakan pada 17 April 2019 di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi.
Fokus adalah pada “penggunaan sistem akaun berkomputer dan masalah-masalah berkaitan”. Memandangkan sistem berkomputer adalah biasa kini, isu-isu penting perlu difahami oleh pengguna sistem. Kaedah perakaunan dalam pemantauan untung/rugi dengan lebih berkesan akan juga dihuraikan.
Bayaran penyertaan dikenakan pada masa pendaftaran dan ianya termasuk minuman ringan. Bagi yang berminat, sila klik pada pautan sesawang dibawah.
Jumpa anda disana.
GNZ.
