Saya pernah ditanya oleh salah seorang peserta seminar yang telah diadakan baru-baru ini tentang kutipan dari pelanggan yang lambat dan hakisan terhadap jumlah untung yang dicatatkan dari jualan kepada pelanggan.
Jika dikaji dengan teliti, ini ada kaitannya dengan isu “pengurusan kewangan”. Ini adalah kerana pada dasarnya pengurusan kewangan tertumpu pada dari mana sumber tunai bisnes kita dan bagaimana ianya di applikasikan. Pengurusan Kewangan boleh dibahagikan kepada tempoh jangka panjang dan tempoh jangka pendek. Dan biasanya apa-apa yang melebihi dari setahun termasuk dalam tempoh jangka panjang.
Dalam kes diatas, sumber tunai dalam pengurusan kewangan untuk tempoh jangka pendek tidak kecapaian kerana bisnes itu membeli dengan bayaran tunai untuk bekalan dari pembekal. Ini bermakna pegangan tunai bisnes telah diapplikasikan setiap kali belian dibuat dari pembekal.
Dalam masa yang sama, pegangan tunai bisnes telah juga diapplikasikan setiap kali jualan dibuat kepada pelanggan kerana jualan tersebut adalah dalam bentuk kredit. Sepanjang tempoh kredit yang dinikmati oleh pelanggan pegangan tunai bisnes diapplikasikan sehingga pelanggan tersebut membuat bayaran. Bayaran dari pelanggan merupakan sumber tunai pengurusan kewangan jangka pendek bagi bisnes.
Contoh butiran-butiran dalam Pengurusan Kewangan Jangka Pendek:
|
Sumber Tunai |
Applikasi Tunai |
|
|
Oleh yang demikian, bisnes ini menghadapi dua ancaman/cabaran dari sebelah pembelian dan juga dari jualan kerana kedua-dua faktor ini tergolong dalam “applikasi tunai”. Lihat gambarajah diatas.
Seandainya ini berlarutan, besar kemungkinan jumlah atau tahap tunai yang dipegang oleh bisnes akan menurun sehingga bisnes akan tergugat dari segi kesinambungan operasi kerana kekurangan tunai.
Untuk mengatasi masalah ini, dua perkara harus dilaksanakan untuk survival bisnes.
Pertamanya, cashflow forecast perlu dibuat untuk membayangkan bagi sesuatu tempoh bila tunai akan diterima (sumber kewangan) dan bila tunai akan diapplikasi (applikasi kewangan) bagi menentukan yang jumlah tunai harian dalam tempoh itu tidak menunjukkan defisit. Sekiranya ada jumlah defisit, langkah langkah awal pembetulan hendaklah dibuat berpandukan maklumat yang ada dalam cashflow forecast itu. Ini mungkin dalam bentuk tambahan tunai dari pemilik bisnes sebagai modal tambahan bisnes atau pinjaman jangka-pendek.
Keduanya, nilai jualan pada pelanggan secara kredit hendaklah diamati agar ianya berbaloi dengan jumlah yang sepatutnya diterima (sumber kewangan) bagi menampong jumlah belian secara tunai yang dilakukan dan jumlah untung yang dicari; dan kos pegangan baki pemiutang.
Ini bagi memastikan yang bisnes dijalankan untuk tujuan mencari keuntungan dan mengelak hakisan jumlah untung dapat direalisasikan.
Seandainya nilai jualan dibuat berdasarkan kos belian/pembuatan yang dicampurkan dengan mark-up jumlah untung, satu cara untuk memastikan sumber kewangan didapati dengan awal adalah dengan menawarkan diskaun kepada pelanggan kredit (pemiutang).
| Harga Jualan = Kos belian + Kos pembuatan + Kos pegangan baki Pemiutang + Jumlah Untung |
Jika mereka melunaskan bayaran untuk jualan kredit awal dari tempoh kredit yang ditetapkan, mereka menikmati tawaran diskaun. Ini bagi mengalakkan mereka membayar awal. Namun demikian ini perlu dilakukan secara berhati-hati agar jumlah untung yang dicari tidak terhakis secara mendadak!
| Harga Jualan – Diskaun = Kos belian + Kos pembuatan + Kos pegangan baki Pemiutang + (Jumlah Untung – Diskaun) |
Dan seandainya nilai jualan dibuat berdasarkan harga pasaran, maka adalah penting bagi bisnes memastikan kos bekalan atau pembuatan dikekang kearas yang selesa. Ini agar jumlah untung yang dicari dapat dipertahankan. Dan jika ini dapat dibuat, maka tawaran diskaun kepada pelanggan boleh dipertimbangkan untuk menggalakkan bayaran awal dari mereka.
Sekiranya kos belian dan kos pembuatan tidak dapat dikekang dan nilai jualan tidak dapat diubah dengan merujuk pada kos belian/pembuatan yang mengakibatkan jumlah untung merudum dengan mendadak, maka model bisnes perlu diteliti dan dikaji semula. Adakah bisnes ini berbaloi untuk diteruskan jika tiada faktor-faktor yang munasabah untuk ianya diteruskan.
Dari penerangan diatas, diharapkan usahawan-usahawan IKS dapat memahami serba sedikit apa yang dimaksudkan dengan “pengurusan kewangan”. Ianya penting kerana fokus adalah pada sumber-sumber pegangan tunai dalam bisnes kita, dan dimana dan bagaimana ianya diapplikasikan. Dengan ini pengurusan bisnes kita dapat berjalan secara lancar dan sistematik.
GNZ.
